March 23, 2012

23 March 2012 (Ulang tahun simpan Jiwaku)

Tirai pagi bertarikh 23 March 2012 dibuka, terasa sayunya hembusan bayu subuh menyapa diri kecil ini. Dalam khayalan yang membawa aku kembali ke 23 March 2011 dimana segalanya bermula. Ya rab... kau limpahkan kami dengan kegembiraan dan kemanisan ketika itu.. tiada kesedihan, tanpa ada jurang atau tembok pemisah yang menghalang.
Hambamu ini bersyukur.. Hambamu ini gembira dengan kebahagian yang kau berikan.. sehingga termetrai satu nama, yang di akui oleh dua jasad.
Ya rab... 12 belas purnama itu telah pun berundur, hanya ingatan yang masih menari nari dalam rindu. Aku percaya keputusan Mu itu adalah yang terbaik untuk setiap umatmu dan tidak terkecuali diri ini. Aku terima semuanya dengan senyum,syukur,dan doa agar semuanya berbalikan hikmahmu.
Jauh di sudut kaca hati, dia yang pernah singgah itu masih terpelihara baik disitu. Dan akan tersimpan indah disitu sehingga hujung nanti..Simpan rasaku, simpan hatiku, dan simpan jiwaku...
Allah maha besar, segala ketetapan Mu adalah yang terbaik buat kami...
Semoga berjumpa lagi..Jika keizinan itu masih ada dari Nya....

February 01, 2012

Hilang

Lama jugak aku tak menjengah masuk ke dalam laman aku ni. Mungkin sibuk dengan perkara perkara yang leh wat aku jadi sibuk. Mungkin jugak aku masih melayan perasaan yang sepatutnya dah pegi lama. Aku tak tau ape yang aku nak tulis kali ni, tapi gerak hati mengawal jemari untuk menari diatas papan kekunci peranti elektronik ku ini. Rasa jiwa seakan tenang,bersyukur,dan seakan lupa seketika dengan sesuatu yang hilang. Namun aku pecaya sumanya masih ada disitu... masih tersemat kuat disitu... masih akan tetap disitu selamanya.. yang hilang mungkin ade sebabnya tersendiri, mungkin ia jugak taknak hilang... tapi ia terpaksa hilang.. aku seakan memahami sumanya dan terima sumanya dengan baik dan senyum... bila aku senyum, aku tau ia akan dalam keadaan yang sangat baik, indah, dan terjaga... akan gembira dalam jauh....
Dan aku sendiri percaya yang aku takan menganggap yang hilang tu hilang dan takan mencari yang hilang itu agar pulang. Kerana jika waktu nya, masanya, tempatnya,situasinya, adalah tepat takdirnya,yang hilang akan pulang tanpa berjemput..

October 31, 2011

Pentas dan PelakonNYA

Mood : Sayu
Genre : Kehidupan
Kata ganti Nama : Aku


Biasan warna langit jingga terlihat terlalu indah malam ini, kelihatan perlahan kerdipan bebintang utara menghiasi daerahnya... Rintisan air dari langit sebentar tadi membersihkan partikel kotor di ruang udara. Pesonanya membuat aku menarik nafas panjang atas segala anugerah... Jauh dibawah ini, aku rehatkan jasadku pada ruang mobil yang ku anggap peneman malam yang tak bernyawa. Embun jernih mengalir di cermin membalikan bayang2 diri... Lamunanku terus dibuai dengan tiupan si angin tenang yang menyentuh dari luar jendela. Cantik sungguh ciptaanya.. Maha hebat karyanya.. Sejenak pemikiranku berpaling kepada kehidupan di pentas rekaaNYA... Ada watak si kaya, ada juga miskinya... Ada si jahat dan ada si baik... Ada si pembenci dan ada si penyayang.. Perbezaan watak aku ,kamu dan mereka, membentuk slot-slot ceriteraNYA.. Dunia yang penuh dengan hiasan dan fatamorgana...
Terkadang kami lupa tujuan babak cerita...
Terkadang kami lalai beberapa garapan dan arahan...
Suatu yang amat pasti..dan harus disedari,setiap permulaan sebuah pementasan pasti akan tertutup tirai merahnya..
Terasa hiba hati ini apabila menyedari kerdilnya diri dikala tercuit oleh kesilapan sebelum ini... Sesebuah waktu itu tidak akan kembali, sesebuah waktu itu kelak akan berhenti... Semoga di terpelihara bagi kami watak2 yang baik, bersyukur, sujud, dan tidak mengulangi kekhilafan lalu dan sedia untuk menjalankan fungsi sebenar sebagai seorang Pelakon di PementasanNYA.... Amin...

October 20, 2011

SimpanJiwaKu

Mood: Sayu
Genre: Hati dan Perasaan
Kata ganti nama: Aku



Didalam ruang hati ini.. pernah ada  permata yg bersinar indah.. letaknya ia disebalik tirai hti dan dibenarkan terus memasuki ruangnya..saat berdetik,minit menghilang.. bahagia singgah sementara terus berlalu.. Tanpa dijemput,tirai senja akhirnya membenamkan matahari jiwa... kelam menemani selamanya,.. permata bercahaya msih tersemat ke akhir nyawa..
"Simpan jiwaku".. kerna ia mnyimpan kecaian cermin kenangan di suatu masa...