November 01, 2012

Al-Fatihah untuk Neneknda

Assalamualaikum... berhabuk jugak lah blog aku ni... memang lama tak dijenguk tak diketuk pintunya.. Pada tarikh 31/10/12 pukul 11.55 minit malam... mak menghubungi aku memaklumkan bhawa neneknda yang sakit telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah 2 hari nazak.. tak terasa mengalir air mata aku... namun syukur ku ucapkan didalam hati kerana neneknda tersayang telah melepasi saat2 paling sakit ketika nazak.. Hari ini, 1/11/12, neneknda telah dikebumikan.. aku mewakili semua cucunya,anak2nya, dan keluarga yang mengenali dirinya, mengiringkan doa agar neneknda tersayang di tempatkan dikalangan hambanya yang dilindungi,dan disayangi.. semoga roh neneknda tersayang dicucuri rahmat.. Kami akan sentiasa mengingati segala kenangan bersama neneknda.. Al-fatihah..

June 08, 2012

Janji Terakhir untuk Simpan Jiwaku

Lama sudah rasanya tak menjenguk laman aku ni. Kali ni aku terdetik tuk menulis tentang penutupan sebuah cerita. Sebuah cerita indah dengan pengakhiran yang tak diduga. Akhirnya detik yang pernah dirisaukan oleh kami dulu dah sampai menjenguk. Banyak perkara yang dah berubah sama sekali, berbeza dari apa yang dibayangkan. Beberapa janji dah pun aku kotakan. Hanya satu lagi yang tertinggal. Janji yang pernah kami utarakan satu ketika dulu bersama. Mungkin dalam keadaan yang terlalu gembira, dia mungkin sudah lupa. Tapi aku tetap akan kotakan semuanya termasuk yang terakhir ini. Dengan terkotanya janji terakhir ini, maaf aku pohon kerana tidak dapat singgah ke cahaya kegembiraan itu. Tetapi akan sentiasa berdiri disini menyaksikan kisah baru dia dan akan selalu senyum kerna aku tau itulah takdir dan kehendak yang maha esa. Dengan ini, Simpan jiwaku ditutup selama lamanya...

March 23, 2012

23 March 2012 (Ulang tahun simpan Jiwaku)

Tirai pagi bertarikh 23 March 2012 dibuka, terasa sayunya hembusan bayu subuh menyapa diri kecil ini. Dalam khayalan yang membawa aku kembali ke 23 March 2011 dimana segalanya bermula. Ya rab... kau limpahkan kami dengan kegembiraan dan kemanisan ketika itu.. tiada kesedihan, tanpa ada jurang atau tembok pemisah yang menghalang.
Hambamu ini bersyukur.. Hambamu ini gembira dengan kebahagian yang kau berikan.. sehingga termetrai satu nama, yang di akui oleh dua jasad.
Ya rab... 12 belas purnama itu telah pun berundur, hanya ingatan yang masih menari nari dalam rindu. Aku percaya keputusan Mu itu adalah yang terbaik untuk setiap umatmu dan tidak terkecuali diri ini. Aku terima semuanya dengan senyum,syukur,dan doa agar semuanya berbalikan hikmahmu.
Jauh di sudut kaca hati, dia yang pernah singgah itu masih terpelihara baik disitu. Dan akan tersimpan indah disitu sehingga hujung nanti..Simpan rasaku, simpan hatiku, dan simpan jiwaku...
Allah maha besar, segala ketetapan Mu adalah yang terbaik buat kami...
Semoga berjumpa lagi..Jika keizinan itu masih ada dari Nya....

February 01, 2012

Hilang

Lama jugak aku tak menjengah masuk ke dalam laman aku ni. Mungkin sibuk dengan perkara perkara yang leh wat aku jadi sibuk. Mungkin jugak aku masih melayan perasaan yang sepatutnya dah pegi lama. Aku tak tau ape yang aku nak tulis kali ni, tapi gerak hati mengawal jemari untuk menari diatas papan kekunci peranti elektronik ku ini. Rasa jiwa seakan tenang,bersyukur,dan seakan lupa seketika dengan sesuatu yang hilang. Namun aku pecaya sumanya masih ada disitu... masih tersemat kuat disitu... masih akan tetap disitu selamanya.. yang hilang mungkin ade sebabnya tersendiri, mungkin ia jugak taknak hilang... tapi ia terpaksa hilang.. aku seakan memahami sumanya dan terima sumanya dengan baik dan senyum... bila aku senyum, aku tau ia akan dalam keadaan yang sangat baik, indah, dan terjaga... akan gembira dalam jauh....
Dan aku sendiri percaya yang aku takan menganggap yang hilang tu hilang dan takan mencari yang hilang itu agar pulang. Kerana jika waktu nya, masanya, tempatnya,situasinya, adalah tepat takdirnya,yang hilang akan pulang tanpa berjemput..